Pap terus menikam ulu hati aku lepas tengok video ni, pasal apa? Sebab aku sendiri pun tak mendaftar lagi, hehe~
Anyway, video ini baru sahaja ditarik balik daripada disiarkan kat TV, alasannya masih belum lulus Lembaga Penapisan. Aik? Macam pelik? Kalau tak lepas macam mana boleh disiarkan sebelum ni? Ataupun sebenarnya ditarik balik atas arahan pihak yg rasa tergugat? Haha~ yang penting apa yg aku dapat lihat dari video ini, tidak langsung berunsur politik atau berpihak mana2 pihak. Hanya satu pesanan untuk orang pergi mengundi je, apa yg takut sangat ye tak?
Terpulanglah kepada mana2 individu untuk menilai, yang penting, apa yang disampaikan memang betullah- kuasa ada di tangan kita, Malaysia negara kita, kita sendiri yang tentukannya. Tepuk dada tanya selera :)