Thursday, June 10, 2010

Lempeng Oh Lempeng


Tiba-tiba aku terliur rasa macam nak makan lempeng! Teringin beb!

Ni semua gara-gara adik aku, upload gambar lempeng gula melaka yang dimasak emak. Aduh, rindunya aku nak makan masakan emak. Mana taknya, aku skrg di KL, jauh dari kampung, di Gelang Patah, Johor. Adik2 aku bestlah, duduk dengan mak, hari-hari makan masakan emak.

Sebenarnya aku dah lama tak merasa juadah yang paling susah nak jumpa kat KL ni, lempeng. Aku rasa takde sapa nak pandang kot kalau setakat lempeng. Ntah-ntah budak2 sekarang tak kenal pun apa kejadahnya lempeng ni. Burger King, Pizza Hut, Sushi kenallah dorang. Mungkin sebab aku ni jawa kot. Eh, lempeng masakan jawa ke?

Kalau dulu kalau aku balik kampung aku di Batu Pahat, nenek aku selalu masak lempeng untuk makan petang. Tapi sekarang tak lagi. Nenek aku cakap kalau buat pun takde sape nak makan. Tapi dia tau, kalau aku ada aku mesti makan. Semua masakan dia aku telan. Sebab tu dia sayang aku huhu.. Tapi aku rasa dah berapa tahun dah kot aku tak jumpa lempeng. Tiba-tiba plak aku teringat kat kawan aku kat sekolah teknik dulu, orang semua panggil dia lempeng sampai lekat nama tu, aku pun tak tau kenapa, faveret dia kot huhu... Haha! Lempeng lempeng...

Lempeng kalau korang nak tau ada banyak jenis. Ada lempeng pisang, lempeng manis, lempeng gula melaka, macam2 lah! Tapi bagi aku lempeng kosong pun dah cukup sedap, cicah dengan sambal ikan bilis lak tu, perghh!!!


Aku ada search google pasal lempeng, terkluar plak blog ni. Dan tak sangka rupanya kat KL pun ada restoran yang jual lempeng pisang! Hanya RM1 plak tu! Nampak menyelerakan! Ini alamatnya; Restaurant Haslam's, 10, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur(Berdekatan Tawakal Hospital) Jom my crime partner! Mesti cuba nih! Huhu...


Selain lempeng, faveret aku yang adik aku dok citer kat blog dia, yg buatkan aku jeles, ialah Sambal Hijau masakan mak aku, pergghh! Makan dengan ubi rebus pun layan wa cakap sama lu! Dulu masa aku study kat PoliJB dulu, mak aku ada jugak ajar buat sambal tu mcm mana. Aku duk bujang masa tu, so try lah resipi tu, tapi tak menjadik sangat. Sekarang aku dah lupa pon huhu. Yang paling aku ingat pesan mak aku, goreng ikan bilis tu bagi garing, memang sedap! Kat sini aku ada jumpa plak resipi tu. Mmm... Maybe bleh try lepas ni hehe!

Kesimpulannya, aku rindu famili aku! Huhuh!

3 comments:

  1. pulang lah abg ku....pulang lah.....ibu mu merindui mu....pulang lah.....hahahaha
    p/s : nak post lagi pasal masakan mak la...hehehe

    ReplyDelete
  2. kehkehkeh. lempeng je pun.
    mau lempeng apa? pisang atau original?

    ReplyDelete
  3. cepat2lah pulang ke pangkal jalan...hehehe..
    ala,bln dpn suhlah mak bekalkan sambal hijau tu..kn mak nk turun sana..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails