Thursday, January 28, 2010

WHAT is ISLAM?

ISLAM?
Cuba tanya pada sesiapa.
Sebut sahaja Islam apa mereka kata.

MELAYU? Melayu itu Islam? Benarkah?
Adakah melayu kita benar2 Islam?
Tengok saja Melayu sekarang.
Tak payah tengok jauh, tengok dalam cermin.
Adakah ini dinamakan Islam?

Itu skop dalam Malaysia.
Cuba tengok lebih luas. Global.
Siapa itu Islam? Tanya pada dunia.

Dan dunia akan melihat kepada bangsa ARAB.
Benarkah itu Islam?
Cuba lihat, tenung dalam2 apa yang mereka buat.

Bangunan pencakar langit.
Mewah. Tapi saudara sendiri dibiarkan.
Hiburan. Arak. Wanita.
Itukah yang dikatakan Islam?
Korban diri juga itu Islam?
Tengok dalam2, jangan tengok rupa yang luar sahaja.
Apa yg nampak? Hipokrit.
ISLAM kini tiada ROLE MODEL.

Sebenarnya aku tergerak nak menulis, sebab aku terjumpa sesuatu di luar jangka.
Aku google tentang "Islam in the World", search image sahaja, asalnya untuk rujukan design.
Tapi apa yang aku jumpa,, membawa kepada laman web & blog2 antarabangsa, yang ke arah kepada penghinaan ISLAM!!!
Bukan satu dua, tapi banyak!

Tahu apa yang mereka nampak pada ISLAM?
KEGANASAN!
Mereka kata ISLAM lebih sukakan kematian!
Sbb apa? Kerana dijanjikan ganjaran seks 72 dara di syurga!
Meraka kata Islam gila seks kerana mbenarkan poligami 4 isteri!
Mereka kata Islam jadikan tebusan perang mereka sbg hamba seks!
Lengkap dengan rujukan dari Al-Quran!
Malah mereka kata ISLAM it's the EVIL of our time!
Itu yang mereka kata! Itu yang mereka sebarkan ke seluruh dunia!

Astagfirullah al azim...

Rangkaian internet ini sebenarnya senjata. Senjata yang boleh membunuh!

ISLAM itu bukan MELAYU.
ISLAM itu bukan ARAB.
ISLAM itu bukan KAMU.
Kalau bukan, apa itu ISLAM?

Celik mata kawan. Dan juga celik hati...
Nasihat pada diri...

1 comment:

  1. sebenarnye internet mungkin adalah senjata membunuh bagi mereka.namun ia juga adalah ubat yang baik.tahukan anda lebih 60 peratus new revert to Islam menggunakan medan internet utk mengkaji tentang islam sebelum memeluk islam.mungkin ade web yang menghina namun bagi mereka yang berfikir waras logik dan terbuka mereka tahu yang mana yang lebih baik.kerana itu Islam adalah utk orang yang bijak - orang yang sentiasa berfikir .

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails