Saturday, November 17, 2012

Sri Lanka Trip - Hari Pertama

Tahun ni adalah Anniversary yg ke 10 buat company aku, Inspidea. Jadi untuk adventure katanya, boss aku bahagikan kami kepada 10 kumpulan, & kumpulan kami terpilih untuk ke Sri Lanka, selama 4 hari!


Jumaat, 9 Nov, kami bertolak dari LCCT untuk ke Colombo, Sri Lanka. Inilah 12 orang ahli team kami. (Foto ihsan dari kamera Sammy)



Di Bandaranaike International Airport, Katunayake,Sri Lanka, aku jumpa tabung derma ni. Memang tabung derma biasa, tapi aku jumpa 3 keping not Ringgit Malaysia, 2 keping RM1 & 1 keping RM5.

Sampai je kat airport Sri Lanka, kami berjumpa dengan tourist guide kami, Mr. Muthu. Gambar di bawah, Mr. Muthu menunjukkan cara Sri Lankans greet; "Ayubowan" it means, "Long life", atau bahasa melayunya - "Semoga panjang umur."




Tempat pertama kami singgah ialah sebuah restoran untuk makan tengahari. Buffet seorang berharga 400 rupee, bersamaan lebih kurang RM10. Lauknya seperti biasa, lauk kari & sebagainya. Rasanya? Pedas gile!


Selepas itu kami ke Kandy Hill Spice Garden Centre. Di sana kami ditunjukkan pelbagai pokok-pokok rempah. Dan seterusnya diberi demonstrasi menggunakan pelbagai produk-produk hasil di situ. Ada la kawan-kawan aku yang kena urut mukanya, lepas tu berserilah kononnya. Dan tak kurangnya diurut satu badan. Tapi jangan diingat percuma, lepas perkhidmatan, diminta pula tips >.<"



Akhirnya malam itu kami bermalam di sebuah villa bernama Villa Montana di Kandy Hill. Kandy Hill ni lebih kurang macam Cameron Highland kat Malaysia lah. Suam2 sejuk gitu heheh. Keadaan villa pun boleh tahan besar. 5 bilik, beserta aircond & TV. Dan makan malam disediakan host villa kami. 



Ok sampai setakat ini dulu entry hari ini. Hari seterusnya aku akan update pada entry lain. Ayubowan!  :)

1 comment:

Related Posts with Thumbnails