Jumaat, 9 Nov, kami bertolak dari LCCT untuk ke Colombo, Sri Lanka. Inilah 12 orang ahli team kami. (Foto ihsan dari kamera Sammy)
Sampai je kat airport Sri Lanka, kami berjumpa dengan tourist guide kami, Mr. Muthu. Gambar di bawah, Mr. Muthu menunjukkan cara Sri Lankans greet; "Ayubowan" it means, "Long life", atau bahasa melayunya - "Semoga panjang umur."
Tempat pertama kami singgah ialah sebuah restoran untuk makan tengahari. Buffet seorang berharga 400 rupee, bersamaan lebih kurang RM10. Lauknya seperti biasa, lauk kari & sebagainya. Rasanya? Pedas gile!
Selepas itu kami ke Kandy Hill Spice Garden Centre. Di sana kami ditunjukkan pelbagai pokok-pokok rempah. Dan seterusnya diberi demonstrasi menggunakan pelbagai produk-produk hasil di situ. Ada la kawan-kawan aku yang kena urut mukanya, lepas tu berserilah kononnya. Dan tak kurangnya diurut satu badan. Tapi jangan diingat percuma, lepas perkhidmatan, diminta pula tips >.<"
Akhirnya malam itu kami bermalam di sebuah villa bernama Villa Montana di Kandy Hill. Kandy Hill ni lebih kurang macam Cameron Highland kat Malaysia lah. Suam2 sejuk gitu heheh. Keadaan villa pun boleh tahan besar. 5 bilik, beserta aircond & TV. Dan makan malam disediakan host villa kami.
Ok sampai setakat ini dulu entry hari ini. Hari seterusnya aku akan update pada entry lain. Ayubowan! :)