Thursday, March 8, 2012

Banjir Edisi Ampang

 Ampang Jaya -photo by Faliq Baharudin

 Lembah Jaya Utara, Ampang -Effendy Rashid

Lembah Jaya Utara, Ampang -photo by Eka Shaari

Ini keadaan banjir semalam (7hb, Rabu) di Lembah Jaya Utara, Ampang seperti yang disiarkan dalam berita TV. Rumah paras bumbung tu! Dan aku pulak tinggal kat Lembah JayaSelatan, kat belakang tempat kejadian tu je!

Alhamdulillah, rumah aku banjir tak seteruk itu, tapi agak menggerunkan jugak lah. Bayangkan sungai/parit yg besar & tinggi kat belakang rumah boleh penuh hingga melimpahlimpah. Ini keadaannya di belakang rumah kami pada malam hujan lebat tu.


Alhamdulillah, rumah kami tak dimasuki air, tapi rumah belakang & rumah keluarga paman (pakcik kepada isteri aku) dimasuki air paras keting sebab rumah tu agak rendah sikit berbanding kami. Juga syukur, tak lama lepas tu, waktu tengah malam air sudah surut. Ini keadaannya pada waktu pagi keesokkannya (8hb, Khamis)

 rumah paman
 pagar dah hilang
 tanah mendap atau??
 ini sungai/parit yg penuh pada malam banjir tu
tengok perbezaan sebelum & selepas ini huhuh~

Bila KL Banjir


Semalam, 7hb hari Rabu, aku balik dari keje agak lewat sedikit, dalam pukul 8 malam mcm tu baru gerak dari opis. Di Kelana Jaya dah hujan sikit2, petang tu dah hujan, so ingat tanda nak berhenti. Jadi aku pakai baju hujan, gerak sajalah balik ampang. 

Dalam perjalanan hujan lebat. Petir guruh. Seram juga tapi aku kuatkan juga. Ingat hujan biasa. Tapi kali ni memang terasa, lebat semacam. Sampai bangsar purr hujan makin lebat, & macam biasa, kalau hujan lebat mcm ni jalan bangsar memang banjir teruk. Jem, tapi boleh jalan lagi.

Teruskan lagi perjalanan, rupanya sepanjang jalan depan Muzium Negara juga banjir, 2 kereta terapung tersangkut di sebuah simpang. Pehh seram aku dibuatnya, jalan yg aku lalu banjir juga, tapi nasib ada ada jalan yg agak tinggi sedikit. Sampai di Masjid Jamek aku berhenti di tepi sekejap. Seram dengan keadaan yg aku lalui tadi. Ingat nak tunggu hujan berenti. Dah pukul 8.30, masih tak berhenti, jadi aku kuatkan juga sambung perjalanan.

Akhirnya di kawasan KL sehinggalah ke Ampang, banyak jalan yang telah ditutup. Terpaksa mencari2 jalan alternatif. Alhamdulillah, ya allah syukur aku selamat sampai di rumah walau hujan lebat melanda. Dan bersyukur lagi, kalau aku lambat sedikit, mesti aku tak dapat sampai rumah. Tengok jelah keadaan gambar2 di bawah ini (gambar sumber http://putrarocker.blogspot.com/ )

Kampung Baru
Ampang - Ulu Langat
Bangsar
 
Masjid Jamek & sekitar KL
 


bersambung edisi ampang...
Related Posts with Thumbnails