Thursday, January 26, 2012

Maktok Datang Beraya di KL


Cuti raya cina, 21hb Januari, mak aku datang beraya ke rumah kami di Ampang, nak jumpa cucunya, anak kami _ Addin Zahran. Terima kasih mak! :)


Sempat singgah di Taman Rimba Ampang a.k.a Bukit Belacan yg terletak betul2 dekat belakang rumah kami je heh. Kalau bukan pasal beruk2 tu kejar, mesti tak serik nak datang sini lagi kan heheh~ :P


Sunday, January 22, 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012

medium: Macromedia Flash + wacom Intuos 4 2012 

The Year Of Dragon, Happy Chinese New Year :)

Friday, January 6, 2012

Permata Hatiku Addin Zahran

medium: unipen 0.1 on sketchbook


06012012 - Addin Zahran bin Mohd. Hamifaizal
lahir pada hari jumaat, 11.45am di Hospital Ampang, syukur alhamdulillah... :)


P/S: pengalaman yg sangat menarik hari ini, tapi lain kalilah cerita, drawing ini pun dilukis dalam keadaan mengantuk setelah berjaga semalaman di hospital bersama isteri. and yep, aku berhutang 2 hari drawing, akan digantikan insyaallah :)

Tuesday, January 3, 2012

Doa Nabi Yunus


medium: unipen 0.1 on sketchbook


Doa Nabi Yunus yg membawa maksud; “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” - Surah Al-Anbiya':87.


Due date isteri untuk bersalin adalah pada 5hb tapi kena masuk wad esok untuk standby. Jadi esok masih bekerja sementara wife dah masuk wad tengah hari, buat keje dalam keadaan nervouslah nampaknya huhu, wajib balik awal!

Doa2kanlah ye, semoga semuanya selamat! Amiinnn~

Monday, January 2, 2012

Satu Hari Satu Artwork?

02022012 - Airin Dalia by hamifaizal mohsin


medium: ballpen on sketchbook (10 minutes)

sedang mencabar diri sendiri untuk menghasilkan 1 artwork 1 hari sepanjang tahun 2012; sama ada manual atau menggunakan komputer, ada berani? >.<"
P/S: termiss 1 januari sebab baru terfikir idea ini malam ni. moga2 tercapai misi ini, insya'allah. Untuk lihat lebih banyak hasil kerja saya, sila ke http://harmmewerks.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails