Sunday, May 1, 2011

Pesta Buku PWTC tinggal harini je!

Pesta buku di PWTC tinggal hari ni je! Kepada sesiapa yang belum pegi cepat2lah bergegas ke sana sebab buku-buku kat sana memang terbaik dan murah pulak tu!

Sebenarnya aku dah berpesta sakan dah pada hari ahad lepas lagi, dan memang ramai gila manusia, terbukti bahawa rakyat Malaysia memang suka membaca ehehe. Tapi kat sini dapat nampaklah jenis crowd yang membaca ni macam mana, sangat berbeza dengan event-event remaja yang lain, macam event tahunan Youth atau Rakan Muda ahaha. Yang best mostly remaja perempuan yang aku nampak sangat kemas & bertudung labuh, memang generasi terbaik! Cayalah korang!

Well, ini lah antara buku-buku yang aku dapat di pesta buku PWTC 2011.


Koleksi Abe daripada MOY Publication atau majalah popularnya, Ujang. Komik Abe ni sebenarnya adalah antara karya terawal kartunis Aie. Memang stroke dia sangat berbeza dgn sekarang punya, tapi aku memang suka & dah lama cari koleksi ni.


Ni pula Saga, hasil komik daripada geng-geng Pergh.com yang dipublish oleh Alaf 21, Karangkraf. Dapat diskaun daripada harga rm12, aku dapat rm9.50 je, terbaaikk~!


Ni pula tshirt daripada Gempakstarz, design daripada Redcode, pun dapat diskaun harga sebenar rm30, dapat rm25.

Jadi cepatlah pergi ke Pesta Buku & jadilah antara pembaca2 buku di Malaysia ni ahaha, tapi bersedialah untuk harungi lautan manusia yang ramai pada hari terakhir ni :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails