Sunday, April 24, 2011

Nota dari Aku Untuk Dia

aku & dia, satu masa dulu

11.30pm, Sabtu April 23

Malam ini tiba-tiba aku rasa sunyi. Walaupun sekarang ini aku sedang menatap internet, aku rasa bosan.
Jadi aku buka external harddisk aku, mana tau boleh layan movie sebarang dua.
Belek punya belek, bosan. Takde satu movie pun menarik hati aku untuk ditonton.
Nak tengok movie cerita hantu tak berani pulak tengok sorang2 eheh.
Belek punya belek file dalam hardisk aku ni, aku terjumpa pula satu folder gambar.
Aku tak ingat apa isinya, jadi aku pun nak tengok2lah.
Aku jumpa beberapa foto di dalamnya, foto lama rupanya.
Foto2 daripada memorycard henfon lama aku dulu.
Aku tak ingat spesifik modelnya, tapi henfon ini pernah bertukar tangan.
Mulanya ia adalah milik aku dan kemudiannya aku bagi pada seseorang.
Jadi kebanyakan isi kandungnya bukan kepunyaan aku.

Tapi. Apa yang aku jumpa dalam folder itu, kebanyakkannya adalah foto aku.
Dan juga dia. Foto kami semasa dulu-dulu.
Masa muda. Heh.

Melihat tarikh pada foto itu di ambil, gambaran memori2 itu datang sedikit demi sedikit, bermain dalam kepala aku.
Mostly memori2 lama yang tak patut aku lupakan begitu sahaja.
Memori waktu kami... Tak... waktu aku melupakan dia. Mengabaikan dia.
Disebabkan satu perkara yang menarik jauh aku darinya.
Sehingga pada satu hari itu aku sanggup memutuskan hubungan kami.
Betapa kejamnya aku.

Membelek foto2 ini membuatkan aku sebak.
Betapa bodohnya aku waktu itu. Tidak nampak yang nyata di depan mata.
Melihat matanya yang penuh dengan perasaan cinta tapi aku pada masa itu mati, bagaikan tiada nyawa. Kaku!
Sayang! Maafkan aku!!!

Atas perasaan cintanya yang tak putus-putus pada aku.
Tak pernah mengalah. Tak putus-putus mencintai aku...
Atas apa yang aku sudah lakukan kepadanya... Dia tetap di sisi aku.

Di saat ini aku merasakan... betapa besarnya cinta aku padanya.

YA ALLAH!
Aku bersyukur padamu YA ALLAH kerana menemukan aku dengannya.
Walau apa jua rintangan, YA ALLAH! Kekalkanlah jodoh kami YA ALLAH.
Kekalkan kami bersama, bahagia hingga ke akhir hayat kami YA ALLAH!

Aku takkan pernah menyesal mencintai dia.

Sayang...
Isteriku...
Tidurlah dengan lena.
Semoga kamu sembuh dari demam ini.

Aku mahu kamu tahu.
Aku memohon maaf atas segala kesalahanku.
Aku berjanji aku takkan meninggalkan mu lagi.
Dan mahu kau tahu...
Yang aku amat mencintaimu.
Sayang isteriku.

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat baik & temanku untuk ke akhir hayatku.
Isteriku...
Dari suamimu yang amat mencintaimu.

Saturday, April 16, 2011

Inspidea di majalah Gempak! :D

Salah satu projek animasi yang aku terlibat ada difeatured dalam majalah Gempak (Issue #274) untuk movie - Arjun and the Adventures of the Ice Lotus! Walaupun tak banyak scene layout yang aku buat hehe.

We did this for Cartoon Network (rumor is we may get to see it on Cartoon Network Asia soon) last year! Muka aku tak masuk pun dalam majalah tu hehe tapi studio tempat aku bekerja iaitu Inspidea ada lah dipreview. Check out the full article by buying the magazine! :D

Saturday, April 9, 2011

Satu Hari di Galeri Petronas


Hari Sabtu, di KLCC, aku & isteri ke Galeri Petronas, untuk melihat hasil kerja kawan kami, cik AHA yang dipamerkan di situ. Jadi, kami berjumpa lah cik AHA sebelum kami ke sana. Bila kami bertiga nak masuk je galeri tu tiba-tiba, seorang pakcik muka kerek menegur kami;


"Eh eh dik, nak masuk isilah guest book dulu."


Ok, biasanya kalau pergi galeri kan, bukannya wajib isi guest book, tapi takpe. Kami layankan je. Kami pun pergilah ke kaunter reception tu.


"Kalau kita nak masuk rumah kan mestilah bagi salam."


Eh? Takpe dia orang tua. So kami diamkan je. Sedang kami menulis nama kami, tetiba pakcik tu tanya;


"Korang ni student mana? Dari U mana?"


Kami semua tersenyum dengar soalan dia & macam malas nak jawab. Tapi wife aku macam nak tergelak terus jawab;


"Dia ni (sambil tunjuk kat cik AHA) lecturer UIA, artwork dia ada kat dalam. Kitorang datang ni nak tengoklah artwork dia."

"Owh lecturer." Jawab pakcik tu pendek.


Lepas tulis nama, kami pulangkankah guest book tu, dia capai dan dia tengok, tiba-tiba dia menjerit;


"Eh eh, bahagian yang lain ni tak? Kat U takde ajar ke nak kena isi sampai abis?"


Pergh mulut pakcik ni. Nasib baik dia pangkat pakcik je.

Agaknya disebabkan rupa kitorang yang muda remaja ni (eheh terperasanlah pulak), dengan pakai tshirt & jeans, tak smart macam pakcik yang berkot tie segala ni, boleh kot dia cakap macam tu.

Taulah pakcik ni pakcik, tapi sekurang2nya cakaplah elok2. Kalau pakcik respek kami, kami pun akan respek pakcik, insyaallah lah. Lagipun bukannya ni 1st time kami pergi galeri, dah banyak galeri pun kitorang pergi, tapi tak pernah kot dilayan macam ni. Adei...

Tapi bukan semua orang takde budi bahasa, tapi nak jumpa yang baik & budi bahasa ni sangatlah susah zaman sekarang ni, dan ia terjadi pada aku dah wife aku hari jumaat lepas. Tapi malas la pulak aku nak citer sekarang ni, korang proceed jelah ke entry wife aku; Friday the Day memang keajaiban dari Allah, Alhamdulillah! :D



Oh ya, datanglah ke pameran di Galeri Petronas sekarang ni, aku pun tak tau nama pameran dia memandang dia pun tak updated lagi event tu kat website dia sebab masih belum perasmian kot, tapi yang aku tau pameran galeri artwork dari universiti2 serata Malaysia.

Ha tapi satu lah aku nak pesan, kalau korang ke sana, hati-hati dengan pakcik yang aku jumpa tu. Kalau boleh lalu depan dia tunduk ok, bila jumpa salam cium tangan dia, orait? Then kirim salam kat dia untuk aku ehehe, good luck! :P

Sunday, April 3, 2011

Aku dan Motorsikal

Hari-hari terakhir bersama Honda Wave aku, semalam, sabtu pagi2 aku basuh dia bersih2. Sebelum aku bawa dia keluar jalan-jalan. Setelah sekian lama aku tak basuh dia. Kesian... Inilah kali terakhir aku basuh dia.

Teringat balik motor-motor yang pernah menjadi sidekick & peneman setia aku di jalanraya:

Honda EX5 Class (bukan motor sebenar, gambar sumber google) Peneman setia aku semasa aku study di Politeknik Johor Bahru. My 1st ride!

Modenas Kriss (bukan motor sebenar, gambar sumber google) Perantau bersama ketika aku pertama kali merantau ke Kuala Lumpur.

Dan ini gambar (sebenar) Honda Wave aku itu. Bernombor JKF 5976, motor pertama yang beli pakai duit gaji aku sendiri (tapi down payment pakai motor sebelumnya hehe). Semua motor yang pernah aku pakai warna merah, rasa macam dah serasi dah. Tapi kali ni motor yang bakal menjadi sidekick aku kali ini, mungkin bukan merah lagi.

Terima kasih kerana menjadi peneman setia aku selama ini, Wave. Selamat tinggal...


Akan bersambung...
Related Posts with Thumbnails