Tadi baru lepas aku tonton rancangan Aduan Rakyat TV3, restoran2 kat Malaysia masih bermasalah dalam isu Halal Haram ni. Biasalah Satu Malaysia katakan. Satu Malaysia tak bermakna Satu Kepala, Satu Agama, Satu Makanan Halal bukan?
Jadi berhati-hatilah dalam memilih makanan, ada logo halal bukan bermakna ia benar2 halal. Siapa2 pun boleh reka balik logo halal kat atas ni, mudah. Tapi alhamdulillah Malaysia masih mudah untuk kita jumpa kedai makan yang halal, bersepah! Tak usahlah pergi ke kedai bersijil halal, tapi masih ada juga dihidangkan arak, halal ke macam tu? Keadaan kita masih belum ke tahap darurat. Berpada2lah wahai kawan :)
Firman Allah yang bermaksud:
“Makanlah apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah al-Nahl, ayat 114-115)
Pernah satu ketika, boss aku baru balik dari U.S, dia bawak balik jelly beans dari sana. Bukan jelly beans biasa, tapi perasa bacon (babilah tu). Dan dia jemput kitorang makan, ambik sorang satu, dia kata; "Ini takpa, bukan original bacon. Cuma perasa je". Aku perasan ada jugak officemates muslim yg makan, kemudian muntah balik, tak sedap agaknya. Astagfirullah! Walhal perasa sekalipun, taknak aku makan benda haram tu. Apa sahaja yang menyerupai yang haram, maka haramlah hukumnya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Pernah juga aku ke Bangkok, atas urusan kerja. Kami dalam 10 orang, 4 antara kami adalah muslim. Satu malam, Boss kami bawak ke sebuah restoran, yang aku lihat konfem2 tak halal. Hidangan arak & makanan berunsur babi ada dalam menu. Jadi aku kata pada boss aku, aku tolak baik2, cakap aku masih kenyang. Tapi dari raut wajah boss aku dia faham situasi kami. Tapi dia & beberapa rakan masih mendesak. Mereka syorkan hidangan seafood kepada kami, Udon apa, aku pun dah tak ingat. Akhirnya kami terpaksa terima walaupon kadang tekak terasa loya. Mungkin pada mereka, keadaan itu selamat, seafood halal, kerana ayam atau daging perlu disembelih oleh orang Islam, tapi pada kami, kuali yang dimasak tetap menggunakan kuali yang sama mereka masak lauk pauk babi tadi. Rempah bahan2 resipinya apapun kami tak tau. Was was? Dah masuk perut pun.
Keesokkan harinya, boss aku explain kat kitorang, katanya itu hanya ujian dari dia. Dia nak tengok sama ada kami mudah dibawa berjumpa klien atau tidak, mudah dibawa ke luar negara atau ke mana2 atau tidak. Aku macam; Say What?? Aku tau, pada mereka, muslim hanya leceh bagi mereka. Halal Haram hanya permainan di mata mereka.
Malam esoknya, kami berempat bersependapat tidak keluar makan bersama boss & yang lainnya. Kami ingin cari sendiri makanan halal di kota Bangkok ini. Dan kami jumpa satu jalan yang dipenuhi kedai2 dari negara2 Arab, pastinya orang Islam! Lalu kami masuklah satu restoran Pakistan, dengan tanda halal di muka pintu depan. Tapi dalam menu mereka, masih dihidangkan arak2, halal ke ni? Muslim kah ini? Jangan fikir mudah, walhal di negara lain masih diragui status halal mereka.
Alhamdulillah di Malaysia masih banyak tempat makan yang halal, tanpa diragui, tanpa was-was. Tak usah cari kopitiam atau restoran fastfood atau stimboat yang kita ragui status halalnya, pergi saja warung2, restoran2 di serata Malaysia, kalau pemiliknya muslim, pekerjanya muslim, tukang masaknya muslim, tiada dihidangkan arak, masih banyak kedai makan seumpamanya di negara kita. Buat apa pening2? Jangan tertipu dengan perkataan Malaya Distro sudah, Malaya tak semestinya halal :P