Sunday, March 20, 2011

The name is... Rango!

Khamis lepas, malam Jumaat, opis aku belanja semua pekerjanya tengok wayang, macam tahun lepas. Kalau tahun lepas kitorang tengok cite pasal naga, tahun ni kitorang tengok cite mengkarung pulak, lakonan suara oleh Johnny Depp - RANGO. Dan kali ni kami dibenarkan membawa teman limit sehingga 5 orang! Jadinya, aku jemput semestinya wife aku & beberapa rakannya, & jugak sorang kawan lama aku, encik Nen.

Dan hasilnya tontonan malam itu - memang berbaloi! Rango memang tidak mengecewakan, dari segi acting & expression, seolah2 hidup & sangat realistik! & jalan ceritanya gila kelakar! Tetapi kebanyakan masa aku seakan terpana bila melihat kecantikan efek & pergerakkan animation & model setiap karakter, super detail & memang mengagumkan! Tak sangka pulak hasil Nicklodeon sehebat ini,& tiada lagi aku nampak bayang hebat studio lain macam Pixar & Dreamworks.

Jadi, sebagai animator, memang membuatkan aku tertanya2 macam mana dorang boleh hasilkan animation sehebat ini, & rahsianya, korang bleh check videolink di bawah ni, acting sebagai reference kepada animator, memang super awesome!!!


Artbooknya tak kurang hebatnya juga. Yess, targetlist mesti dapat nih! :D

Saturday, March 12, 2011

Ingatlah Keluarga Yang Tersayang!

Agak2 korang lah kalau kereta dah eksiden macam gambar kat atas ni agak2 orang dalam tu selamat tak? Ini hanya gambar random yang aku google, cerita sebenar aku tak tau, tapi sejak akhir2 ni aku sangat2 mengambil berat tentang keselamatan. Lebih2 lagi lepas aku eksiden motor lebih kurang 3 minggu lepas. Luka pun dah nak baik dah pun heh.

Bukannya aku tak pernah eksiden motor. Dah banyak kali dah. Cumanya kali ni lain sikit, aku dah pun jadik suami orang, keluarga pun dah besar - keluarga aku & keluarga wife aku. Jadi agak2 ramai tak yang risaukan keselamatan aku? Paling kurang pun isteri aku. Kalau apa2 jadi kat aku, macam mana dengan wife aku yang baru je sebulan aku kahwin? Pernah tak korang fikir? Ops... Maksud aku bukan pikir pasal akulah, tapi pikir pasal diri korang. Ingat tak pada orang yang paling korang sayang?

Aku bengang juga masa aku eksiden ada yang bertanya; "kurang skill ke sampai boleh eksiden?" WTF! Kalau ko ada skill pun, hebat macam mana pon kau, kalau dah nak kena memang kena lah! Dan ingatlah selalu! Skill korang tu, kalau bukan dengan izin Allah, tak kan menjadinya, ingat! Walaupun anda surfer yang hebat, anda belum tentu selamat kalau dipukul ombak tsunami! Hah amik madah aku! Hehe...

Selalu aku bengang sangat sikap pemandu2 kat jalanraya ni, mostly pentingkan diri sendiri! Rempit memanjang tak kira kereta ke motor ke atau pun lori. Tak pernah ke dorang pikir pasal keselamatan dorang? Paling kurang pun fikir pasal orang kat rumah tu yang tunggu kepulangan dorang. Atau paling tak, fikirlah keselamatan penumpang yang korang bawak dalam kereta tu! Ada pernah korang fikir?! Jangan sampai masa eksiden, korang sebagai pemandu dapat selamat, tapi anak bini, adik kakak dalam kereta yang korang bawak tu selamat ke rahmatullah, masa tu jangan nak menangis menyesal! Ini pesanan pada diri sendiri, & juga khas kepada orang yang aku kenal & yang membaca blog aku ni. INGATLAH! Nyawa bukan boleh diganti.

Oh ya, actually aku nak citer, lebih kurang minggu lepas, opis aku ada buat talk pasal "Fire Prevention", tak pasal2 aku salah sorang yang kena. Biasalah, aku ingat macam latihan kebakaran kat sekolah tu, bagitau cara-cara nak lari keluar bangunan bila ada api. Sekali dia citer semualah pasal keselamatan apabila dalam kebakaran. Gila terkesan dalam jiwa aku. Dan masa tu aku sedar, memang bukan senang nak lari kalau kebakaran betul2 terjadi.

Dan akhirnya kami semua disyorkan beli lah alatan kebakaran, dan inilah dua mende yang aku beli. Yep, korang akan kata kebakaran bukannya berlaku selalu, ntah2 sekali je seumur hidup atau tak pernah langsung. Tapi cuba korang fikirlah baik2 pepatah ini. Malang tu berbau tak?

Lebih kurang macam ni lah smoke alarm & pemadam api ABC yang aku beli untuk rumahku di Ampang, dan hopefully ada duit lebih, akan aku beli pula untuk rumah keluargaku di Johor! :)

Thursday, March 10, 2011

Pindah Lagi!

Macam biasa, lama aku tak update blog ni. So first of all nak cite, aku dah pun officially menetap di Ampang sekarang. Start awal bulan 3 hari tu, segala barang2 di rumah sewa Kota Damansara telah pun diangkut habis. Dan sekarang aku menetap bersama isteri & keluarganya di Ampang. Bolehlah berjimat sikit untuk perbelanjaan kami sendiri hehe.

Dan untuk saje2 recall & jugak simpanan memori aku hehe, biar tulis dalam blog baru boleh ingat huhu; iaitu setelah dikira, adalah lebih kurang 9 ke 10 kot rumah atau kawasan yang pernah aku duduk semenjak aku kerja lebih kurang 5 tahun kat KL ni. 5 tahun 10 rumah hahaha! Amacam?

Tempat2 yang pernah aku menetap iaitu first sekali Sungai Besi lah, rumah pakcik aku, then cuba hidup sendiri dengan menyewa sebuah bilik di rumah kedai Pantai Dalam, Cheras walaupun waktu tu kerja di Bukit OUG, haha jauh tak? Dah sewa bilik rm180 gila gila. Then lepas dapat kerja di Shah Alam, dapatla duduk banglo bersama CEO company aku kat situ. Then pindah kerja lagi, kat Subang Jaya pulak tapi aku menetap di Kampung Dato Harun, PJ. Dan kat kampung tu je 2 rumah aku dah duduk haha. Lepas tu pindah ke Sungei Way pulak lepas dapat kerja kat Asia Jaya, PJ. Then duduk sekejap kat satu flat horror kat Kelana Jaya sekejap, takdelah horror sebenarnya tapi dah buruk hehe dan sekejap tu sangat lah sekejap iaitu sebulan je, pastu pindah lak ke Mentari Court, Bandar Sunway.

Dah sedap duduk sekali owner nak jual rumah lak terpaksa lah aku berpindah sorang2 ke Kota Damansara, konon cadangnya lepas kawin nak duduk situlah, sekali dah beli perabot, TV semua tak jadik pulak, last2 - and finally now, i'm officially live in AMPANG, hopefully lamalah aku duduk sini. Bukan apa2, penat gak pindah randah ni huhu. Tapi takdelah teruk sangat, sekurang2nya adalah jugak pengalaman aku duduk kat tempat tu & taulah jugak selok belok jalan KL nih heh. :)
Related Posts with Thumbnails