Aquaria 170606
22 Jun 2006 - itulah tarikh bersejarah bagi aku dan dia. Segalanya bermula pada tarikh ini.
Hidup aku pernah berada di tahap membosankan. Dalam tahun 2005, aku merantau dari Johor ke Kuala Lumpur, kerna ditawarkan bekerja di sebuah kilang percetakan di Bukit OUG, Jalan Klang Lama sebagai seorang pereka grafik. Pada waktu itu aku menumpang di rumah saudara di Sungai Besi, dan kemudiannya berbulan selepas itu, aku menyewa di Pandan Indah, Cheras.
Hanya menyewa sebuah bilik kecil di atas sebuah rumah kedai, yang dihuni oleh beberapa orang yang lain termasuk penghuni perempuan & juga pedatang tanpa izin. Bilik yang hanya diasingkan dengan papan antara bilik, punya tilam & bantal, & hari2 aku bertemankan hanya sebuah walkman. Jika aku bosan aku akan keluar berjalan2 di ruang kedai bawah atau ke cyber cafe. Nasib baik aku juga punya kawan di sini yang sama2 belajar dahulu di Politeknik Johor Bahru. Terima kasih Nen, Shuk, Chua, Tasya & yang lainnya yang sudi melayan menghilangkan kebosanan aku.
Tak lama selepas itu, Shuk mengajak aku menyertai dia & beberapa orang yang lain untuk menubuhkan grup komuniti seni iaitu; Bangkit. Idea asal untuk menerbitkan komuniti yang dapat berkongsi idea & pendapat mengenai seni melalui forum & majalah. Jadi kami menggunakan Myspace.com (yg popular masa tu) untuk menarik minat orang ramai. Dan pada masa itu memang Myspace lah cara aku bersosial waktu itu hehe...
Daripada penubuhan forum Bangkit di Myspace, aku juga menggunakan portal itu untuk mencari kawan-kawan & kenalan lain yang juga mempunyai minat yang sama. Disitu jugalah aku berkenalan dengan Eliyanniz, yang membawakan aku mengenali satu forum sosial yang ditubuhkan juga melalui myspace, iaitu forum POWER RANGERS. Di sinilah aku mula mengenali Zulhafidz Yahaya (Otorangers), Mohsein Abdullah (Musam), Akim (Zorgon), Acit (Purple Ranger), Aqim (Black Ranger), Raja Nur Faridah Hanum (tak ingatlah ko ranger apa), Mukhriz Latif & ramai lagilah manusia yang kreatif, malah sekarang sudah ternama & hebat2. Dan di sini jugalah aku berjumpa dengan DIA, cik "makcik warden".
Hasil tangan kami (2006)
Tertarik dengan sikap selambanya berkata-kata (not really talking, just typo :p), mempunyai minat yang sama denganku, iaitu melukis. Malah tertarik apabila dia menggunakan patung Bearbrick sebagai profile picturenya, sama denganku ketika itu!
Setelah berkawan, berMyspace, berYM, berforum, aku beranikan diri mengajaknya keluar. Tarikh 17 Jun 2006 & Aquaria menjadi saksi. Sikapnya yang selamba, melayan aku bagai rakan baik membuatkan aku senang bersamanya. Dan akhirnya 22 Jun 2006, tarikh di mana semuanya bermula. Dari kenalan cyber menjadi rakan baik & teman sehati.
Bukit Cerakah 020706
2nd Anniversary 220608
Kalau bukan kerana Myspace kita tidak akan berjumpa. Kalau bukan kerana POWER RANGERS, bukan kerana connection internet, mana mungkin kita dipertemukan. Kalau bukan kerana jodoh, kalau bukan kerana Allah, kita mungkin bukan suami isteri ketika ini.
Siti Kamariah Jasmani, perempuan, isteri & rakan baik, yang paling aku cintai...
Walaupun hari itu tidak disambut tahun ini, bukan bermaksud aku lupa, tidak walau sekali. Tiada kejutan, tiada sambutan, minta maaf jika ia benar mengecewakan, kerna aku mahu kau tahu aku akan tetap mengingati tarikh ini, & tidak akan melupakanmu.
Siti Kamariah Jasmani...
Kaulah penyeri, peneman setia di waktu aku senang mahupun susah.
Dan sudah banyak yang kita sudah tempuhi bersama.
Sayang, isteriku...
Selamat Ulangtahun Perkenalan Kita yang ke-5 :)
Teluk Kemang - Julai 2006