Tuesday, May 10, 2011

Siri Animasi - Pet Squad!



ini adalah preview salah satu projek siri animasi yang aku buat di Inspidea, Pet Squad! :D

CBBC has acquired the UK broadcast rights to the original animated series Pet Squad (52 x 11’), produced by leading kids indie Darrall Macqueen. Created by writer and comedian Caimh McDonnell, is a three way co-production between Darrall Macqueen, Inspidea (Malaysia) and March Entertainment (Canada).

Pet Squad follows the adventures of Dodge the beagle, Sheeba the cat and Bingo the guinea pig. Three ordinary household pets that are transformed by Professor Eureka’s ‘Superiser’ into part time superheroes. Their mission? To protect Pet Town from super bad Mother Goose, her Duck henchmen and her gang of evil critters.

Sebenarnya projek ni dah lama dah siap, dalam awal tahun ni kalau tak silap. Tapi biasalah, opis aku ni banyak buat projek dari luar negara je, jadi tak taulah ntah bila akan ditayangkan di Malaysia, jadi tunggu jelah ye :P

Monday, May 9, 2011

The Lazy Song Versi Comel



yepp... aku dalam mode malas sejak akhir-akhir ini hehe... :P

Sunday, May 8, 2011

1 Mei di Minyak Beku Batu Pahat

Kampung Minyak Beku merupakan sebuah kampung di Mukim Minyak Beku, Daerah Batu Pahat, Negeri Johor, Malaysia. Lokasi tepatnya ialah di tepi laut menghadap pantai barat Johor. Kampung Minyak Beku terkenal dengan tempat terletaknya sebuah batu besar berpahat, lebih kurang sepuluh kaki saiznya (di sebelah balai polis). Batu besar ini dipahat oleh Siam (Ayudhya) untuk mengisi air tawar. Telah dikatakan bahawa askar Siam datang ke sini dengan menggunakan bot untuk menggempur Melaka hanya untuk ditewaskan oleh Tun Perak pada abad ke-15. Batu dipahat ini menjadi terkenal di mana ia kemudian menggantikan nama Bandar Penggaram menjadi Batu Pahat. - sumber daripada Wikipedia.com

kakak & abang iparku membawa kami berjalan-jalan sekitar Batu Pahat, dan sempat singgah di Minyak Beku. terima kasih kak, lovely scene :)

Monday, May 2, 2011

Kacang Pool Haji dan Cikong di Selera Johor Plaza Larkin

Sabtu 30 April, aku & wife balik kampung, rumah mak aku di Gelang Patah. Malam tu kami ajak mak bawak kami ke tempat makan yang best kat JB ni, jadi mak rekemenkan kacang pool di Plaza Larkin ni.

Maka kami order lah kacang pool & cikong, dan wife aku teringin makan soto. Kepada yang tak tau cikong tu apa sebenarnya cikong adalah lai chi kang dalam bahasa johorean hehe.


sumber gambar : http://kita-kongsi.ucoz.com

Daripada cikong ke soto, dan juadah utama, kacang pool, semuanya terbaaikk~!!! Meh datang & cubalah! :D

Wajib cuba : Kacang Pool & Roti Bakar
Lokasi : k15, Selera Johor Food Court, Plaza Larkin, Johor Bahru, 80350, Taman Dato Onn Jaaffar
Waktu Perniagaan: 7.00am~11.00pm


P/S: terima kasih banyak2 mak sanggup bawak kami ke sini sampai pening2 kepala melayan jem yang melanda bandaraya JB malam tu, kesian mak. thanks juga pada adikku, yan & suami sebab tolong kami, sorry for the trouble, & thanks again! :)

P/S: Just found out ada cawangan yang sama kat KL ni, leh la pegi try lepas ni!


Kacang Pool Haji, D-G-07 Ritze Perdana, No 5 Jln PJU 8/2, Bandar Damansara (kat area Dmansara Perdana actually) 47820 Petaling jaya, Selangor.

Sunday, May 1, 2011

Pesta Buku PWTC tinggal harini je!

Pesta buku di PWTC tinggal hari ni je! Kepada sesiapa yang belum pegi cepat2lah bergegas ke sana sebab buku-buku kat sana memang terbaik dan murah pulak tu!

Sebenarnya aku dah berpesta sakan dah pada hari ahad lepas lagi, dan memang ramai gila manusia, terbukti bahawa rakyat Malaysia memang suka membaca ehehe. Tapi kat sini dapat nampaklah jenis crowd yang membaca ni macam mana, sangat berbeza dengan event-event remaja yang lain, macam event tahunan Youth atau Rakan Muda ahaha. Yang best mostly remaja perempuan yang aku nampak sangat kemas & bertudung labuh, memang generasi terbaik! Cayalah korang!

Well, ini lah antara buku-buku yang aku dapat di pesta buku PWTC 2011.


Koleksi Abe daripada MOY Publication atau majalah popularnya, Ujang. Komik Abe ni sebenarnya adalah antara karya terawal kartunis Aie. Memang stroke dia sangat berbeza dgn sekarang punya, tapi aku memang suka & dah lama cari koleksi ni.


Ni pula Saga, hasil komik daripada geng-geng Pergh.com yang dipublish oleh Alaf 21, Karangkraf. Dapat diskaun daripada harga rm12, aku dapat rm9.50 je, terbaaikk~!


Ni pula tshirt daripada Gempakstarz, design daripada Redcode, pun dapat diskaun harga sebenar rm30, dapat rm25.

Jadi cepatlah pergi ke Pesta Buku & jadilah antara pembaca2 buku di Malaysia ni ahaha, tapi bersedialah untuk harungi lautan manusia yang ramai pada hari terakhir ni :D
Related Posts with Thumbnails