Sunday, October 17, 2010

Makan Malam Bersama Idola Hehe...



Aritu malam Khamis, 14hb, dah lama lepas tapi baru hari ni aku nak update dalam blog aku, akibat kemalasan yang amat sangat hehe... Ada macam2 aktiviti berlaku, lebih2 lagi kat opis aku, tapi lain kalilah aku cerita lagi.

Anyway, aritu, team aku, dijemput pegi dinner bersama director & creator Johnny Bravo, Van Partible & creative director dari Turner Asia, Silas Hikey, kat sebuah restoran di Mount Kiara. Dan biasalah, kalau makan dgn mat saleh ni mesti nak pegi tempat yang ada alkohol. So bila sampai sana, akan kelihatanlah 2 grup manusia, yang redah halal haram, iaitu offcozlah yang bukan muslim, & grup lagi satu ialah kami, melayu & muslim, dan bahawasanya hanya 5 org je yang muslim dapat datang malam tu, dan grup kami ni btol2 duduk bersebelahan dengan Van Partible ni huhu!

Si Van ni memang cool gila. Dan malam tu aku tak terperasan plak dia minum arak malam tu, berbanding dengan yang lain2, berjag2 minum, gila lah. Dan tentulah kitorang yg muslim ni pilih makanan & air yg halal je, tu pun tanya kat waiter dia mana yang takde alcohol. So aku nampak lah si Van ni hormat dgn culture & agama orang lain, sebab tu dia tak minum alkohol macam gila macam orang lain yang ada kat situ.

Yang kelakar malam tu, Van & Silas ni punyalah order makanan Malaysia, macam Satay & sotong goreng. Kitorang plak order makanan western. Ada kawan aku, melayu, siap kena perli dengan waiter bila dia order nasik lemak, waiter tu cakap; "kat mamak sebelah ni pun bleh makan nasik lemak" haha!

So disebabkan kitorang yang melayu ni dok dekat dengan Van, dia pun takde teman borak, dia pun cuba la bersembang dengan kitorang, sepatah dia tanya sepatah dijawab. Mana tak nya, masing2 tak geti cakap omputih. Bukan tak retilah, tapi malu kot aku rasa hehe. Kebanyakannya aku lah yang dok layan pertanyaan2 Van, kawan2 lain cuma pandai sengih2 kambing, gelak2, yes no, tu je. Tapi Van memang selamba je layan, respeklah! Kat sini ada komen dia pasal kitorang hehe; VanPartible.com

Here's some photos malam tu. Van ada lah jugak bagi autograph kat kitorang, tapi lenkali lah aku upload, sekarang tengah malas haha! Enjoy! :D

My pumpkin pizza! Sodap jugak! :P

Look how close we are! Haha!

Anak Silas Hikey, Minami nama dia. & dia bawak bini dia jugak, japanese weh, gila cute budak ni!

Me & Van Partible! :D

Tuesday, October 12, 2010

I Just Met Van Partible Yesterday!



Siapa Van Partible ni? Apa istimewanya dia? Ha kat atas nilah rupanya, & aku baru jumpa dia semalam, dan aku rasa amat best & bangga! Huhuh... Kenapa?

Pada asalnya aku pun tak kenal dia, tak pernah dengar pun nama Van Partible ni. Tapi semalam baru aku tau. Dia lah pencipta salah satu karakter popular daripada produksi Hanna-Barbera, iaitu Johnny Bravo! Tak kenal Johnny Bravo? Ha dok diam2 huhu.


Well, asalnya aku diberitahu bahawa projek ni confidential, takleh bagitau sapa2 sebelum dia siap, tapi memandangkan si Van Partible ni sendiri dah bagitau kat blog dia; vanpartible.com, dan lagipun aku sendiri pikir sape pun yang nak baca blog aku ni haha! Jadi aku tulis jelah, bahwasanya company aku sekarang ni tengah buat projek telemovie Johnny Bravo, & mamat Van ni lah jadik directornya.

11 Okt, Isnin, iaitu semalam, dia datang opis aku check out the enviroment of our office, yelah 1st day datang so dia jalan2 lah dulu sekitar opis aku. Then team produksi yang handle projek Johnny Bravo ni dipanggil ke conference room untuk diberi taklimat oleh si Van ni.

Si Van ni sangatlah friendly, cool & tersangat2 lah humble, bagi seorang director yang sgt hebat & telah terbitkan animation yg dah pun popular worldwide, respek beb! Dan antara isi ceritanya berkisar tentang bagaimana dia boleh jadi siapa dia sekarang, which is lebih kurang sama dgn apa yang dia tulis dalam blog dia, korang bleh check kat sini; Pitching Johnny Bravo, sangat2lah inspiring! Damn kalau lah aku bleh jadik berjaya & hebat macam dia :D

Our Johnny Bravo team with Silas Hickey, the Creative Director of Asia Pacific Animation Development, Turner Entertainment Networks Asia, Inc. Si Van takde sebab dia yang amik gambar ni. Taken from his blog http://vanpartible.com/inspidea

P/S: Sebelum dia pergi aku nak autograph dia & satu keping gambar dengan dia huhuh mesti... :P

Thursday, October 7, 2010

GEEK Korang Yang Mana Satu?


Masih tak mengakui lagi korang ni Geek? Haha biasalah tu, semua orang nak jadi COOL lah katakan. Apa barang jadik Geek, tak cool lah jadik Geek, padahal korang tak paham apa yang dikatakan Geek apatah lagi Cool haha nampak merepek kan?

Tulah, orang yang berfikir di luar kotak je boleh paham, which Geek macam aku yang banyak berfikir ni, yang membuatkan aku boleh guna perkataan; "I'm COOL to be GEEK". Ha, macam mana tu, dah Cool, Geek plak haha.

Frasa "Cool" sebenarnya bukan boleh dijadikan lakonan atau dibuat2, bila korang jadik diri korang sendiri, itulah "Cool" sebenarnya, got it? So kenapa buang masa berlakon atau cuba jadi cool, just be cool! Atau erti kata lain, buat macam biasa, jadi diri sendiri! That Is COOL!

Jadi macam aku, aku bangga jadi Geek & aku tak kisah orang anggap aku Geek! Asalkan aku berpijak di bumi nyata, tak perlu jadik orang lain, tak perlu berusaha susah payah ikut trend ikut citarasa orang lain, tak perlu berlakon jadi orang lain supaya orang suka aku, I'm just being ME! That's was truly me :)

Itu yang aku rasa kelakar bila ramai atau kebanyakkan dari kita tak dapat lagi menerima kenyataan bahawa diri kita dah terlalu ke arah teknologi, di mana membuatkan kita Generasi Geeks! Masih tak percaya?

Aku bagi soalan simple lagi mudah jela, macam ni...
Bolehkah korang hidup tanpa kebosanan kalau korang tak dapat layan internet dalam masa seminggu?
Nak check updates kawan-kawan di facebook? Farmville? Emails?
Macam mana plak dengan Blog? Taip dalam blog seperti bercakap dengan orang lain (macam yg aku buat sekarang haha!) Ntah ada orang baca ke tak blog aku ni, takpe, i'm cool! :P
Oh ya, lama tak chatting dengan kawan2. YM, MSN, Skype hehe...
Tak payah la bagi point lain, pasal internet je, aku rasa korang takleh tahan sampai sehari pun mesti nak layan jugak, 5 minit pun jadi haha!

Tak cukup Geek lagi? Oklah, aku bagi korang tengok kumpulan2 kecil geek kat imej2 kat bawah ni. Mungkin hati korang akan selesa lepas dibahagikan kepada kumpulan2 kecil, takdelah rasa Geek sangat haha!

Illustration ni bukan aku yang buat. Scott Johnson, a geek, made a poster identifying 56 different types of geeks. Ini pun aku tak upload semua. Ada lagi Lab Geek, Electronics Geek, Drama Geek, etc. Aku rasa dia buat ni pun sebab nak puaskan hati orang supaya mudah pilih kategori masing2 kot haha.





bacalah lagi tentang geek; Antara Socials, Nerds dan Geeks :P

Wednesday, October 6, 2010

Rumit Makin Merumitkan...

image google

Makin hari makin dekat...
Makin hari makin pening...
Aku dah tak tau apa nak buat...

Perkara yang perlu disetelkan dalam masa terdekat ini;
Hantaran - Belum setel.
Rumah sewa - dalam pencarian, PENTING! harus cari sebelum bulan depan.
PTPTN (untuk mengelakkan diblacklist) - aku baru je emel permohonan potong gaji kepada PTPTN tadi, tak taulah macam mana proses dia lepas ni, tunggu jelah...
Borang kahwin & yg berkaitan - 3 bulan tempoh, jadi akan disetelkan bulan depan.
Persiapan lain, katering, andaman, baju DAN LAIN-LAIN, BANYAK LAGI!!! - semua belum

Dan paling penting; Duit, Duit, DUit, DUIt, DUIT, DUIT DUIT DUIT DUITTTTT!!!!

Nak duit perlu kerja. Kerja lebih kuat mungkin?
Kerja pejabat kerja kuat mana pun gaji tetap sebanyak itu.
Jadi perlu kerja kuat di pejabat?? Aku hanya perlu siapkan kerja aku, tak perlu kerja kuat.

Buat kerja part-time? Mana? 7 Eleven? Aku tak pasti keringat & masa aku mampu untuk lakukan.

Kerja seni? Freelance? Takde lagi yang mendatang hasil yang boleh buat tambah pendapatan aku. Tempahan karikatur pun dah takde. Aduhhhh...
Art event? Lebih banyak rugi daripada untung. Kalau ada balik modal saja, macam mana?


Aku memang TAK MATANG untuk sesuatu yang seperti ini.
Aku MASIH tak matang untuk hadapinya seorang.
Aku TAK MATANG dalam hadapi perkara-perkara seperti ini.
Aku TAK PERNAH & aku sedang belajar.
Aku CUBA UNTUK MATANG...


p/s: memang rumit atau kita yg rumitkan?
Related Posts with Thumbnails