Saturday, May 19, 2012

Annoying Unifi Caller


Semalam mungkin aku telah membuatkan seorang kontraktor TM Unifi bernama Hilmi bengang, sebab aku langsung tak angkat panggilan telefon dia untuk dia memasang talian TM Unifi di alamat rumah aku yang salah. Macam mana boleh jadi macam tu? Ini semua takkan terjadi kalau bukan disebabkan panggilan telefon daripada seorang telemarketer TM Unifi bernama Ina. Pada suatu hari sedang aku sibuk bekerja di opis, tiba-tiba dia call cakap;


"Tahniah anda bertuah kerana terpilih mendapat pemasangan free TM Unifi di kediaman anda!"


Aku yang dah sedia ada TM Streamyx rasa gembira lah dapat upgrade Unifi, free pulak tu. Jadi sangguplah aku dengar dia membebel yang dikatakan hanya 5 minit jadi ntah berapa puluh minit. Sehinggalah tiba untuk check availability coverage area dia kata;


"Alamat rumah encik Jalan 7, Ampang Jaya kan?"
Aku jawab bukan. Alamat rumah aku Lembah Jaya Selatan, Ampang.
"Alamak, kawasan encik belum ada coverage lah."
Okeh aku terima keputusan itu, dan talian diputuskan.


Seminggu lepas tu dia call lagi. Confirmkan balik alamat rumah aku;
"Alamat rumah encik Jalan 7, Ampang Jaya kan?"
Sekali lagi lah aku jawab bukan. Ampang Jaya dengan  Lembah Jaya Selatan tu kan lain tempatnya.


Berbulan-bulan berlalu, 2, 3 kali lagi dia call. Semata-mata nak confirmkan alamat rumah aku & beriya-iya dia kata alamat rumah aku di Ampang Jaya. Sudah tentu lah alamat itu salah & naik berbuih mulut aku menidakkannya.
Sehinggalah pada satu hari, di sabtu yang indah, aku sedang berada di bengkel motorsikal ketika itu, dia call sekali lagi, untuk keberapa kali ntah aku pon tak tau. Sekali lagi dia nak confirmkan alamat rumah aku;


"Alamat rumah encik, No.1, Jalan 7, Ampang Jaya kan?"
"Bukan, rumah saya No.1, Jalan 7, Lembah Jaya Selatan."
"Sama encik. Ampang Jaya dengan Lembah Jaya Selatan tu sama encik. Saya dah check kat google. Kat google takde Lembah Jaya Selatan, diorang dah tukar jadi Ampang Jaya. Sama je tu encik."


cuba korang check sama ke tak GOOGLE MAP - Ampang Jaya - Lembah Jaya Selatan
Aku dah la bizi nak bercakap dengan mekanik kat bengkel tu, dia pulak sibuk nak juga aku percaya cakap dia. Ingat aku ni bodoh ke apa? Apa perasaan korang kalau orang yang completely stranger dengan korang pertikaikan alamat rumah korang? Dah rumah aku sendiri duduk, konpem2lah aku lagi tau. Jadi untuk menutup cepat perbualan kami tu, aku pun malas nak layan, iyakan je apa dia cakap. Then tiba-tiba macam2 pulak dia tanya, no kad pengenalan lah, nak username apa lah, siap suruh scan I/C emel kat dia. WTH?? 



Then, tup tup dia kata, next week kontraktor akan datang pasang Unifi. Dia akan bagitau datenya. Siap msg aku emel dia Unifi@najtech.com.my, no tel 012-6527498, hambik! Najtech.com.my? Daripada emel dia aku tau, ini bukan dari TMNet! Ini macam dari company persendirian ke apa?


So start dari haritu, call daripada no opis yang tak dikenali aku tak angkat, & aku tak buat apa2 pun yang dia suruh. Aku juga terima msg dari TM Unifi pada minggu seterusnya;
Please be informed that your Unifi installation will be held on 18/05/2012 morning.
Please prepare multiple extension cord.
Please check te Confirmation Slip at your preferred e-mail address to verify the details.
Please be informed that, RM200 will be charged, if installation is deferred within 24 hours before the installation date.
.... banyak lagi lah.


Masalahnya, aku takde emel pun I/C aku, macam mana dorang bleh buat confirmation nak install ni? Aku check emel pun takde juga Confirmation Slip yang dorang cakap tu. Dan kalau aku nak tangguh atau cancel aku kena bayar RM200 pula, WTH?? Even nak pasang kat alamat rumah yang bukan rumah aku? Hahaha kelakar.


Jadi aku buat keputusan untuk mendiamkan diri sahaja sepanjang minggu tu. Ada no telefon yang tak dikenali, semua aku tak jawab. Sampailah pada tarikh tu, banyak kali aku dapat panggilan telefon yg aku tak kenal, sampailah jam 1.50petang. Aku terima mesej dari kontraktor bernama Hilmi. Dan aku tak jawab pun.


Mintak maaf ya encik Hilmi. Walau aku jawab panggilan encik Hilmi pada hari itu pun, belum tentu encik boleh pasang, dah tentu2 alamat rumah salah. Lagipun aku bekerja pa hari itu encik. Takkan nak bagi notis cuti last minit semata-mata nak pasang Unifi. Kalau encik tak puas hati, silalah lepaskan kemarahan itu pada telemarketer tu ye. Dan cik Ina, eh tak taulah Puan Ina kot heh. Kalau  ye pun nak cari client, jangan lah sampai desperate sangat macam ni. Daripada suara yang aku dengar dalam telefon tu, nampak sangat lah ko nak desperate nak dapat client, sampai alamat salah pun ko bedal jugak.


Dan juga telemarketer dari Sunway Lagoon, yang buat tawaran kononnya bertuah, padahal kena bayar RM500 setahun. Kononnya murah la bayar untuk setahun. Cik Sunway Lagoon, aku bukannya nak masuk Sunway Lagoon tiap-tiap hari pun. Please jangan call lagi. Juga buat telemarketer insurans, Public Bank, CiMB, & paling latest RHB, cukup-cukuplah memaksa tu. Daripada suara korang nampak sangat le desperatenya tu haduii. Please. Be professional please. Bila orang dah kata bizi tu pleasa la faham. 

Sunday, May 6, 2012

Berbuku Ahad di BookXcess Amcorp Mall


Lama tak beli buku, & lama tak jalan-jalan berdua bersama isteri hehe almaklumlah, dah ada anak. Arini dapat lah keluar sekejap ke Pesta Buku PWTC tanpa Addin. Tapi sesampainya di sana, agak kecewa sebab takda satu pun buku yg dapat menarik minat kami. Sticker kete adalah, hehe Muslim United dari Iluvislam.com yg kitorang dapat dari booth Karangkraf.

So disebabkan tak puas lagi, kami pun decide ke BookXcess di Amcorp Mall. Hasilnya, taadaaa~! Dua buku yg best dengan harga yang gile murah! Terbaik!

The Spiderman Vault - RM49.90 je! 



Tak lupa juga ummi belikan Addin buku, untuk dibaca ya Addin, bukan untuk dimakan! Heheh~

 
 Kepenatan hari sabtu masih tak hilang, aktiviti mengemas bilik ditambah pula jamuan makan2 yang dianjurkan kawan-kawan isteri (tapi dibuat di rumah kami) turut menyumbang rasa penat yang teramat pada hari ini. Alhamdulillah harini dinner lauk ketam pulak hehe. Nampaknya tidur lena dalam kekenyanganlah malam ni :P

P/S: Amacam? Ada macam bilik budak sekolah tak? Hahah!
Related Posts with Thumbnails