SOALAN
SAYA orang biasa dan ada juga buat kesilapan, tapi sekarang dapat bezakan antara yang hak (benar) dengan yang batil (salah). Jadi di sini saya nak kongsi ilmu yang saya dapat dengan semua orang yang hadapi masalah. Sekarang memang banyak cerita panas yang kita dengar; masalah sosial, bunuh, rompak, rogol dan lain-lain. Sampai bila masalah ini nak berlarutan? Saya sedih dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kerana ia terlalu banyak membabitkan umat Islam. Kalau kita sekarang dah macam ini punya teruk, bagaimana masa akan datang? Sebenarnya mudah saja nak selesaikan masalah ini. Kita kembali pada al-Quran dan sunnah. Itu yang Rasulullah SAW tinggalkan pada kita semua. Ini jelas melalu satu hadisnya:
“Ku tinggalkan kepada kamu dua pusaka dan tak akan sesat atau buntu selama-lamanya selagi kamu masih berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya.”
Kita lihat semula kehidupan kita. Semua kita pernah sesat jalan. Bagaimana perasaan bila sesat jalan? Namun ini sesat dalam kehidupan. Kalau dah sesat dalam hidup, macam mana mati nanti? Lagi satu, cuba kita fikirkan kenapa Allah hidupkan kita manusia di muka bumi? Kalau dilihat surah 23 Al Mu’minuun ayat yang ke115 yang bermaksud:
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main saja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Dalam ayat ini Allah tanya adakah Allah cipta kita untuk main-main? Suka-suka buat kerosakan di muka bumi ini? Sebab apa Allah cipta kita? Jawapannya, kita lihat pula surah 51 Adz Dzaariyaat ayat 56 yang bermaksud:
“Dan tidak Ku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk menyembah Allah.”
Jadi kita dicipta supaya menyembah Allah atau beribadah. Jadi kita kena beribadah pada Allah. Kalau ditanya apa maksud ibadah? Ibadah itu maksudnya amar makruf nahi mungkar. Masalahnya, sekarang ramai orang menganggap remeh mengenai al-Quran, sedangkan itulah petunjuk kita. Jadi sama-samalah kita renungkan dan memikirkan untuk masa akan datang.
AHMAD
JAWAPAN
Terima kasih di atas pandangan saudara. Apa yang saudara katakan benar dan tepat sekali. Jika semua umat Islam berfikiran seperti saudara, alangkah indah dan murninya dunia serta kehidupan ini. Bagaimanapun, hakikatnya tidak begitu. Ia sama seperti yang saudara katakan iaitu masalahnya “ramai orang memandang remeh mengenai al-Quran” dan juga sunnah Rasulullah SAW.
Ramai yang bukan saja tak amalkan, malah tak tahu baca al-Quran. Ada yang tahu baca, tapi tak tahu maknanya dan ada yang baca serta tahu maknanya, tapi tak amalkan. Itulah realiti kehidupan sekarang, namun nasihat daripada Dang Setia ialah kita tidak boleh kecewa dan berputus asa. Sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran dalam surah al-Asr, semua di kalangan kita umat Islam yang ada ilmu biarpun sedikit wajib pesan memesan (dalam erti kata lain berdakwah) dengan penuh kebenaran dan kesabaran.
Itulah yang cuba Dang Setua lakukan dan begitu juga saudara. Tiada di kalangan kita yang sempurna serta hebat ilmunya, namun kita tidak perlu menjadi orang yang sempurna ilmu baru nak berdakwah. Berbekalkan sedikit ilmu yang ada, asal saja ia benar, sampaikan ilmu itu kepada keluarga, sahabat handai dan orang di sekeliling kita. Insya-Allah, jika kita bersungguh-sungguh, usaha kita yang sedikit dan tidak seberapa ini akan memberi kesan yang sungguh besar kepada kesejahteraan Islam.
- petikan daripada ruangan Naluri, Dang Setia di sisipan Ekspresi, Metro Ahad, 7 Jun 2009 bsamaan13 Jamadilakhir 1430H
No comments:
Post a Comment