Sunday, August 25, 2013

Yang Wajib Anda Tahu Tentang Mesir dan R4BIA


Apa itu R4BIA?
Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah. 

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

Ini maksud ringkas mewakili bilangan jari R4BIA:
1. Allah Ghayatuna (Allah matlamat kami)
2. Ar-Rasul Qudwatuna (Rasul ikutan kami)
3. Al-Quran Dusturuna (Al-Quran perlembagaan kami)
4. Al-Mautu fi Sabilillah, Asmaa Amanina (Mati di jalan Allah setinggi cia-cita kami)

Jika diamati maksud R4BIA di atas, mampukah kita berpegang kuat pada pegangan tersebut seperti mereka?

Jadi apa pula tujuan dan fungsinya kita menggunakan simbol R4BIA ni sebagai profile pict facebook atau share/kongsikannya dimana2?

Sumber: facebook.com
[Copypaste] Heard on campus. A true story.

A:What's with the 'four-finger' yellow thing on people's DP? My timeline is flooded with the wave.

B:It has something with Egypt or something.Not quite sure.

A:What's happening in Egypt? [genuine curiosity]

[insert C who took the cue to launch into a full-scale explanation;of the bloodshed,of thousands dead,of humanity being stripped and bared]

A & B : *gasp* *gasp* *gasp* THAT'S ATROCIOUS! *gasp* BARBARIC! *gasp* WE HAVE TO DO SOMETHING!PRAY FOR THEM! *gasp* LET THE WORLD KNOWS!

Changing DP leads to nothing,huh?
Says who?

Apa yang perlu anda tahu tentang apa yang berlaku di Mesir?
Imej di bawah adalah ringkasan peristiwa sebenar yang berlaku:


Berikut antara isi pidato Erdogan dihadapan demnstran pro Mursi di Turki

1. Mereka yang menggulingkan pemerintah sah di Mesir dan telah mengabaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.

2. Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.

3. Anda dapat melihat di kaca tv secara live, seorang rakyat Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.

4. Tidak ada yang membantu pemerintah Mesir saat Morsi berkuasa selama setahun. Baik Barat mahupun negara Teluk Arab.

5. Kini. $16 billion bantuan dikirim segera oleh negara-negara Teluk Arab bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Sampai bila?

6. Mereka (negara-negara Teluk Arab) yang mengirim bantuan $ 16 billion kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah sekutu kudeta.

7. Jumlah para syuhada yang dibantai kelmarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembak di tempat ibadah selama berminggu-minggu.

8. Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan solat subuh. Muslim apakah ini?

9. Mereka tanpa belas kasihan membunuh kanak-kanak, perempuan, dan membakar hospital.

10. Saya mengutuk semua serangan (tentera) terhadap masjid dan gereja.

11. Muslim Brotherhood is protecting churches. But those "well-known Gezi media" (Western media) say 30 churches were burned.

12. They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.

13. Kekejaman di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin "mereka" inginkan kekacauan di Turki juga.

14. Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.

15. Mari do'akan Syria & Mesir. 100000 rakyat Syria juga telah dibunuh kejam pemerintah diktator mereka.

sumber: http://www.szlihin.com/ (laporan pada 18 Ogos 2013, jumlah kematian mungkin bertambah pada hari ini)

Adakah kerana kita rasa Malaysia cukup AMAN utk kita selesa menutup mata?

Tak sanggup melihat mayat? Darah dan kekejaman? Kalau ini berlaku kepada anak anda, bagaimana perasaan anda? Sekurang2nya silalah ambil tahu apa yg berlaku kepada saudara2 seagama kita, dan ya kita tidak mampu atau mempunyai kuasa untuk membantu atau mengubah apa yg berlaku, tapi sekurang2nya berdoalah, ingat mereka dalam setiap doa dalam solat kita.

Sedangkan jika kita sakit pun kita mintak kawan2 saudara mara kita mendoakan supaya cepat sembuh, takkan kita tidak mampu berdoa untuk mereka.

Monday, August 19, 2013

1 Syawal di Kuala Lumpur



 Pengalaman pertama 1 Syawal di Kuala Lumpur. Jalanraya di ibukota yg selalunya sesak nampaknya jadi kosong... kosong... kosong... ;P

Sunday, August 18, 2013

Beraya 2013 di Selangor


Salam. Tahun ni aku beraya di Selangor. Tak pernah lagi sekali dalam hidup aku tak beraya di kampungku, Batu Pahat, tapi tahun ni lain. Memandangkan dah 2 tahun berturut sejak aku berkahwin, isteri beralah 1 Syawal di kampung aku, jadi tahun ni giliran aku pula beralah. 1 Syawal kami sambut saja di Ampang bersama keluarga isteri.

di rumah Pak Long pada hari raya pertama.

Raya kedua barulah kami ke kampung halaman isteri di Sekinchan, Selangor. Di bawah ada sedikit video suasana raya di sana, enjoy! SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.



P/S: Lama tak update blog. Terlalu letih dengan kerja, bila balik ingat nak rehat & main dengan anak je. Memang berbeza kehidupan aku sekarang berbanding waktu bujang dulu, alhamdulillah :)
Related Posts with Thumbnails