Sunday, September 25, 2011

Undilah! Jangan Tidur Lagi!


Pap terus menikam ulu hati aku lepas tengok video ni, pasal apa? Sebab aku sendiri pun tak mendaftar lagi, hehe~

Anyway, video ini baru sahaja ditarik balik daripada disiarkan kat TV, alasannya masih belum lulus Lembaga Penapisan. Aik? Macam pelik? Kalau tak lepas macam mana boleh disiarkan sebelum ni? Ataupun sebenarnya ditarik balik atas arahan pihak yg rasa tergugat? Haha~ yang penting apa yg aku dapat lihat dari video ini, tidak langsung berunsur politik atau berpihak mana2 pihak. Hanya satu pesanan untuk orang pergi mengundi je, apa yg takut sangat ye tak?

Terpulanglah kepada mana2 individu untuk menilai, yang penting, apa yang disampaikan memang betullah- kuasa ada di tangan kita, Malaysia negara kita, kita sendiri yang tentukannya. Tepuk dada tanya selera :)

Friday, September 16, 2011

Rezeki Transformasi Lagi Best

Once again, we would like to thank everyone for the videos sent in for the Perodua Lagi Best Auditions. Before the announcement of the main winners tomorrow, we will be presenting individual awards to videos deserving recognition.

The award for "Best new Autobot" goes to... Mohd Hamifaizal bin Mohsin, for the video "Transformasi Lagi Best "! Congratulations! Kindly check your e-mail, we have a surprise for you.

Inilah status yang dipamerkan oleh MyPerodua kat laman facebook dorang sempena Pertandingan "Perodua Auditions" yang aku join arituh. Walaupun aku tak menang, tak dapat langsung hadiah utama rm10k tu mahupun hadiah saguhati berupa ipad untuk 5 orang tu. Tapi alhamdulillah aku dapat hadiah spesel dari dorang hehe. Katanya aku akan menerima touch & go card berjumlah rm100 & juga toolkit Perodua Tweekbot. Tapi bila sampai di rumah, sampul sudahpun dikoyak orang & card touch & go tu hilang ntah ke mana, tapi toolkit Tweekbot tu alhamdulillah tak hilang. Sapa pencurinya tak taulah tapi takkan aku nak tuduh posmen kot? Ke betul? >.<"

Anyway, thanks Perodua for the award of "Best new Autobot"! :D

Untuk menonton klip video yang aku pertandingkan tu sila klik --> Transformasi Kebetulan Lagi Best.

Wednesday, September 14, 2011

Riang Ria Raya Ampang

Ahad, 11 September, akhirnya kami berjaya menganjurkan rumah terbuka di rumah kami di Ampang. Rupanya best juga perasaannya buat open house ni. Lebih2 lagi bila kawan2 dapat datang. Alhamdulillah, terima kasih semua. Insyaallah tahun depan buat lagi :)

Bergambar di pokok buluh "angker" di belakang rumah hehe~

Sebelum balik kita bergambar bersama tuan rumah yg dah macam YB sambil posing simbol Satu Malaysia, mesti Najib suka hehe :P

Tuesday, September 13, 2011

Salam Aidilfitri 2011

1 Syawal di Batu Pahat, Johor. Kurang seorang je ahli keluarga.

Ini pulak Khatijah Asan sekeluarga. Walaupun tak cukup, tapi raya tetap meriah di kampungku Batu Pahat. Dan raya tahun ni lain sikit, aku dah pun berdua, tahun depan insyaallah bertiga pula! :D

Saturday, September 3, 2011

Satu Hari Sebelum Raya di Batu Pahat

Ketupat homemade! Selalunya dianyam oleh aku & adikberadik, & juga Pak Su sebab kitoranglah yang selalunya sampai awal di kampung nenda, di Batu Pahat. Tapi tahun ni, keluarga Pak Anjang dah kasi setel dulu.


Bila nak rebus pulak, kalau bukan aku, mesti Pak Su aku. Selalunya bergilir2 jagalah sebab ketupat ni kena selalu tengok sebab takut air dia kering, nak direbus lebih 5 jam pulak tu.


Umbut adalah juadah faveret aku di hari raya. Tapi kena cari sendirilah, aku & the sepupu(s) akan cari dekat2 rumah nenda juga, tapi yang selalunya kena cari kalau bukan aku mesti Pak Su aku juga yang tebang pokok kelapa tu. Yep, kalau korang tak tau, umbut ni kita ambil dari batang pokok kelapa yang masih muda, so kalau nak ambil batangnya kenalah tebang pokoknya. Memang mencabar lebih2 lagi dilakukan pada bulan puasa huhu~


Juadah wajib lagi bagi kami sekeluarga di Batu Pahat, mesti kena ada - sambal goreng, rendang daging, sambal kacang & ayam masak kicap. Memang terbaiklah!

Eh, gambar juadah yang dah siap aku terlupa nak ambik, semua dah abis kena telan daa... Hehe, gambar di hari raya lain kalilah aku upload :P
Related Posts with Thumbnails